Jumaat, 29 Mei 2015

SWEETY MAY IN 2015 (TELUK BATIK, LUMUT PERAK)

Ouyehhh !! Salam sejahtera semua....
Haa.... ape lagi nak cerita... tajuk tu takde la mengena sangat dengan entri ni sebenarnya.. tapi cik maria ni bukanlah sehebat nama reti meng'create' tajuk blog.. argghhh tak kesah la. yang penting entrinya pun bukanlah bermakna sangat. hehehe..

Okeylah... actually maria just nak kongsi coretan perjalanan hidup maria untuk beberapa waktu yang dah berlalu dalam hidup ni.... And of course ada manis, ada pahit.. kadang-kadang kelat pun ada (kelat means pahit manis akhirnya)....ngeh ngeh ngeh...

Nak jadikan blog ni sebagai diari hidup... first at all...ape yang maria ingat bulan mei 2015 ni, maria ada attended kursus kewangan.. bersesuaian la dengan tugas maria kt JKN Perlis ni... oke sape yang pernah jumpa or bertentang mata boleh say hye.. kadang kalau selisih sampai hidu bau perfume pun still lagi xperasan. sebab maria ni rabun jauh... sob sob...

Berbalik pada topik kursus tadi.. Kursus tu diadakan di Marina Cove Resort, Teluk Batik Lumut Perak (Official Website Marina Cove Resort)..... muahaha..Sape yang pernah p Lumut dan menginap di resort ni mungkin boleh bagi review brapa star nak bagi... So far resort ni okeyla... facilities not bad la.... lepastuuu yang syok nye sebab view teluk sekeliling resort tau... Yang ni maria bagi 4 bintang :)
Haaa... lagi satu.. Makanan kat Marina Cove Resort ni sedap tau... Masakan Chef di situ boleh dipuji serta merta... Serious sedap sangat !!  :) inilah antara penyebab kegemukan semakin terserlah dengan jayanya...

So if sape-sape yang bercadang atau dah plan untuk bercuti di sekitar Lumut, atau transit untuk ke  Pangkor....Maria suggestkan Resort ni.. Especially yang nak save bajet tang penginapan la.... Marina Resort ni jugak berdekatan dengan pasar jeti ke Pangkor.... so kat pasar tu la Maria berkesampatan menghabiskan sisa-sisa gaji beli Sotong Kering... Kat sini famous sotong kering dan Ikan bilis Mata Biru tau....Ikan bilis tak beli pun sebab kat rumah sewa dapur tak berasap... heeee......

Okeylah...... cuma yang pahitnya sebelum attend kursus lagi maria tak berapa sihat... dan batuk semakin menjadi-jadi... sedikit sebanyak membantutkan aktiviti dan rasa tak selesa sangat.... doakan maria sihat walafiat ye....

Cik Maria 
Kak Yana same batch of  Nov 2012
Sekitar Jeti Ke Pulau Pangkor :)
Peserta Kursus Kewangan JKNPs 2015
Pandangan dari balkoni tingkat 6 (603)
Di bawah ni maria sertakan beberapa gambar yang sempat Maria snap sepanjang Kursus 23-25 Mei 2015...
Marina Cove Resort, Lumut(from google image)
Kak sha, Kak Yana, Soliha...
(Window Shopping Done )



 WASSALAM :)