Jumaat, 21 Ogos 2015

GADGET LIFESTYLE FOR THIS YEAR


Haaa.... hari ni nak cerita tentang gajet.. Dewasa ini (cewaahh, ayat BM SPM ni) kehidupan kita dikawal oleh gajet.. tak kira berapa usia, semua perlukan gajet.. maria pun macam tuh lah.. Belakangan ni, baru terfikir "fuhh, lenguh tangan ni gara-gara gajet".. hmmm .. "aku jadi mangsa gajet"... toksah cerita la bangun tido perkara pertama yang dicari adalah handphone... Nak tidoq pun handphone... bangkit pukul tiga pagi pun cari handphone.. walhal bukan nya ada apa pun dalam tuh.. 

tapi kan.. tuh dah jadi lumrah kehidupan kita sekarang kan... Cara hidup zaman sekarang.... bila fikir balik, susah jugak kalau takdak handphone or gajet-gajet ni... kot la time emergency.. tayaq kereta pancit tepi jalan ka, of course la nak kena contact sapa-sapa kan...

Cuma kita ni perlu bijak control.. cuba jauhkan gajet tu... peribahasa ada mengatakan 'sayang gajet, tinggal-tinggalkan' muehehehe.. ni peribahasa maria sendiri hokey.. adik-adik PMR dan SPM tu jangan terpedaya plak.. huhu.. 

Ni maria nak mintak tolong , korang KLIK SINI sat... cuba tengok ni... nak tau apa? Haa .. korang klik dulu.. jangan risau.. tuh bukan lah virus...  Hokey? Dah klik ? Ni maria nak habaq mai.. SAMSUNG new Smartphone Galaxy A8.. Gila tak canggih... ni kalau snap gambar, punyelah terbaik bak hang... salah satu ciri Galaxy A8 ni 'Fun Selfie'... bila korang guna handphone ni, gambar selfie korang pun mesti lagi 'high'...

btw . jumpe next entri... see you :')

Selasa, 18 Ogos 2015

TIPS KECANTIKAN: KENALI JENIS KULIT WAJAH


KENALI JENIS KULIT WAJAH ANDA SEBELUM MENGGUNAKAN SEBARANG PRODUK

Bagi wanita terutamanya, Kecantikan wajah adalah satu item yang sangat dtitikberat.  Hal ini disebabkan 'First Impression'. Jadi di sini saya nak kongsikan tips sebelum anda memilih sesuatu produk kecantikan.  Perlu anda ketahui kulit wajah anda tu jenis ape. Ianya terdiri dari Kulit Normal, Berminyak, Kering dan Kombinasi. Penting kita tahu agar produk kita pakai tuh sesuai ke tak dengan kulit kita.. Barulah kesan tu memuaskan.. :)

Jom kita semak balik kulit muka kita.


Kulit normal
Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.
Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.
Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.
  • Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.
Kulit kering
Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.
Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.
Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.
  • Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.
Kulit berminyak
Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.
Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.
  • Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.
Kulit kombinasi
Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.
Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.
  • Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
  • Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.
JOM CANTIK BERSAMA PRODUK N3 BEAUTY CARE

NAK CANTIK ? HUBUNGI SAYA: CIK MARIA 011-29852676